Thursday, 9 August 2012

pemakanan optimum ibu dan bayi


dear diary,


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Kepentingan pemakanan yang seimbang


1) Semasa mengandung
Membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk:
· Menyokong pertumbuhan placenta dan janin
· Mengelakkan berlakunya kecacatan semasa perkembangan janin
· Mengelakkan pertumbuhan terbantut
· Menyimpan nutrisi makanan semasa trimesta ketiga

2) Semasa menyusukan
Membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk:
· Untuk mengembalikan kekuatan ibu
· Menyediakan makanan terbaik semasa menyusu bayi

Kesan pemakanan tidak seimbang

 
· Ibu dan bayi kekurangan nutrisi
· Bayi berisiko tinggi mendapat obesity dan penyakit lain semasa dewasa
· Ibu boleh mendapat pre-eklamsia atau darah tinggi dan kehadiran protein dalam urine. Jika dibiarkan boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang


 
Nutrisi penting 

 
Penambahan tenaga dan protein
  Tenaga
Trimesta Pertama : Tiada Peningkatan
Trimesta Kedua : + 360 kcal / hari
Trimesta Ketiga : + 470 kcal / hari
Protein
Tambahan 7.5g sehari sepanjang mengandung

Nutrisi penting semasa mengandung:
1) kalsium
Perkembangan tulang dan gigi, pembekuan darah dan kesihatan jantung fetus
  - susu, bayam, keju, tauhu, dhal, sardine, yogurt

2)  asid folik
Perkembangan otak dan system saraf tunjang fetus
Memerlukan suplemen
  - broccoli, bayam, pisang, taugeh, cendawan, kuning telur, hati, bijiran sarapan difortifikasi

3)  zat besi
Menyokong bekalan darah ibu dan untuk perkembangan sel darah merah fetus
Memerlukan suplemen 100mg bagi bukan anemia dan lebih bagi anemia
  - daging, hati, kacang, kerang, tiram, telur, ayam, sayur berdaun hijau

 
4)  vitamin A
Kesihatan kulit, rambut, penglihatan yang bagus dan kesihatan enamel gigi
     Haiwan– minyak hati ikan cod, hati,     susu yang difortifikasikan
· Tumbuhan– ubi keledek, lobak merah, bayam

5)  zink
Sokong proses replikasi sel, untuk penyembuhan luka dan bina system imuniti
Elak risiko bayi pramatang
  - daging, kacang merah, bayam, badam

6) serat
Meningkatkan kesihatan usus
  - sayur-sayuran, buah-buahan, makanan ‘wholemeal’


 contoh menu 2000kcal

Sarapan pagi
Nasi/mee/mihun/oats-1 cawan atau
Capati/tosai-1 keping dan
Keju 1 keping dan
Susu rendah lemak-1 cawan

Minum pagi
Roti-1 keping atau
Biskut tawar-3 keping atau
Buah-buahan– 1 hidangan dan
Teh / soya 

Makan tengahari dan makan malam
Nasi/mee/mihun - 1 hingga 1 1/2 cawan
atau Capati/tosai -1 keping dan
Ikan/ayam/tofu/tauhu/telur - 1 hidangan
Sayur-sayuran - 1/2 cawan atau lebih
Buah-buahan - 1 hidangan

Minum petang
Popiah basah—1 biji
Teh/susu rendah lemak 1 cawan

Minum lewat malam
Biskut - 3 keping atau
Roti - 1 keping dan
Susu rendah lemak - 1 cawan

 
Minuman berkafein:
· dikaitkan dengan penambahan risiko keguguran bayi
· Pengambilan tidak melebihi 2 cawan sehari

Minuman alcohol:
· dilarang semasa mengandung dan menyusukan
· Berkait rapat dengan kecacatan mental bayi

Susu:
2-3 hidangan semasa mengandung
2 hidangan semasa menyusukan
(1 gelas=4sudu makan +air atau 1 kotak kecil susu rendah lemak)

Nutrisi tambahan:
· DHA : ikan berlemak
· Probiotik : yogurt
· Kolin: telur dan daging



No comments: